Wednesday, October 8, 2008

STRATEGI METAKOGNITIF

Strategi Metakognitif

Murid boleh menggunakan strategi metakognitif dan mengawal pembelajarannya melalui proses yang berikut:
Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan
pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari.
i. Merancang apa yang hendak dipelajari.
ii. Memantau kemajuan pembelajaran diri.
iii. Menilai apa yang dipelajari.

STRATEGI METAKOGNISI

a. Proses Merancang
Proses ini memerlukan murid:
􀁸 Meramal apakah yang akan dipelajari, bagaimana perkara itu dikuasai dan kesan daripada perkara yang dipelajari;
􀁸 Menyediakan diri secara fizikal, mental dan psikologi;
􀁸 Membuat perancangan dari semasa ke semasa cara terbaik untuk mendapatkan sesuatu perkara.
Dalam proses pembelajaran murid perlu bertanya kepada diri sendiri dari semasa ke semasa perkara yang berikut:

i. Proses Metakognitif

b. Proses Memantau
Adakah ini membawa makna kepada saya?
Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan?
Mengapakah saya tidak memahami cerita ini?
Apakah soalan yang boleh saya

c. Proses Menilai
Melalui proses ini, murid membuat refleksi untuk mengetahui:
Dengan pengetahuan ini, murid dapat memikirkan strategi yang lebih
sesuai untuk menguasai pelajaran baru.
Bagaimana sesuatu kemahiran, nilai dan pengetahuan dikuasai oleh saya?
Mengapakah saya mudah/sukar menguasainya?
Apakah tindakan/ pengubahsuaian yang harus saya ambil?

iii. Kesan Daripada Penerapan Metakognitif
Dengan penerapan ini, amalan menerapkan Metakognitif dalam setiap tahap pembelajaran
secara spontan dan tanpa disedari dapat dipupuk.
􀁸 􀀃 Metakognitif tidak perlu diajar sebagai satu mata pelajaran atau
strategi secara berasingan. Oleh itu Metakognitif sepatutnya diajar secara infusi iaitu
dengan menyerapkan metakognitif dalam kaedah kaedah mengajar, perkembangan staf dan proses penyeliaan. Murid diajarkan menggunakan strategi Metakognitif untuk membantu menyelesaikan masalah secara bersendirian atau berbincang dengan rakan.

ii. Cara Mengajar Metakognitif

iv. Strategi Untuk Meningkatkan Metakognitif
Yang berikut ialah beberapa strategi untuk meningkatkan Metakognitif:
a. Merancang
Sebelum sesuatu aktiviti pembelajaran dimulakan, guru perlu mengajar atau menunjukkan peraturan yang patut dipatuhi dan strategi serta langkah untuk menangani masalah dan tuju hala yang harus diikuti. Semasa aktiviti itu dilaksanakan, guru perlu memberikan peluang kepada murid untuk berkongsi pengalaman, proses berfikir dan pandangan tentang tingkah laku mereka.

b. Menyoal Pada Semua Peringkat

Menyoal ialah satu teknik penting untuk menjelaskan fikiran. Galakkan murid menimbulkan soalan kepada diri mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca, mendengar, melihat dan menonton sesuatu. Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu meminta murid menilai sejauh mana peraturan yang diajarkan itu dipatuhi. Terdapat 3 peringkat:
Apa ?
Mengapa?
Bagaimana?

c. Memilih Secara Sedar

Berbincang dengan murid tentang pemilihan dibuat oleh murid dari segi kesan baik dan
nya sebelum keputusan dibuat.

d. Menilai Berdasarkan Pelbagai Kriteria

Metakognisi boleh dikembangkan dengan memberikan peluang kepada murid untuk membuat refleksi dan mengkategorikan tindakan mereka berdasarkan dua atau lebih kriteria penilaian.
Contohnya: mengenal pasti dan membezakan apa yang dilakukan sama ada sesuatu itu membantu atau menghindar mengenal apa yang disukai dan tidak disukai menyenaraikan baik dan buruk sesuatu aktiviti.

e. Mengambil Kredit

Guru harus minta murid mengenal pasti apa yang positif atau baik daripada tindakan murid. Murid juga boleh mendapatkan maklum balas daripada rakan mereka dengan mengajukan soalan seperti :
Melalui cara ini, murid akan menyedari tingkah laku yang baik dan akan menerapkan tingkah laku tersebut dalam situasi yang berlainan. Apakah tindakan ini membanggakan diri anda?
Bagaimanakah tindakan itu sepatutnya diberi

f. Mengelak Daripada Menyatakan ‘Saya Tidak ‘Boleh’ Cara yang boleh diaplikasikan ialah murid memikirkan beberapa soalan:

“Apakah informasi yang diperlukan?” 􀀃 “Apakah alatan yang diperlukan?”
􀀃 “Apakah kemahiran yang diperlukan untuk melakukan tingkah laku berkenaan?”
Soalan-soalan ini akan menimbulkan kesedaran tentang pengetahuan batasan yang diketahui dan apa yang perlu diketahui. Kesedaran ini akan membangkitkan keyakinan murid bahawa mereka boleh melakukannya.

g. Menggalakkan Idea Daripada Murid

Guru boleh membantu murid dalam metakognisi dengan memparafrasa pernyataan yang diutarakan oleh murid Contohnya:
a) GURU: Apa yang ingin anda katakan ialah …
b) GURU: Saya rasa anda ingin mem beritahu saya bahawa …
Melalui cara ini, mereka dibimbing agar menjelaskan, memikirkan semula atau memikirkan idea mereka dengan lebih mendalam.
h. Memberikan Label Bagi Sesuatu Tindakan

Guru boleh menyedarkan murid mengenai tingkah laku kognitif mereka dengan memberikan label bagi tindakan yang diambil. Contohnya: Guru boleh memuji dan memberi pengiktirafan dengan;
“Bagus, awak sedang membuat satu rangka tindakan yang baik bagi …..”
“ Apa yang kamu semua ialah satu eksperimen yang baik.”
“Awak telah memberikan kerjasama kepada rakan kamu, dan itu satu sifat yang terpuji.”

i. Menjelaskan Maksud Perkataan Tertentu Kepada Murid

nya murid mengeluarkan perkataan seperti “tidak adil’, ‘tidak baik’, “Dia sangat tegas.”
perlu bertanya dan menjelaskan apakah yang dimaksudkan adil”, “tidak baik”, atau “sangat tegas” agar murid lebih sedar dan bertanggungjawab terhadap impak kata-kata mereka.

j. Main Peranan Dan Simulasi

Dengan kaedah main peranan murid dapat membayangkan diri mereka dalam sesuatu watak dan membuat modifikasi tingkah laku secara metakognitif terhadap peranan tersebut.
Simulasi memberikan peluang kepada murid untuk memikirkan bagaimana seseorang itu akan bertindak dalam situasi berlainan.

k . Menyimpan Jurnal

Murid perlu digalakkan mencatat dan mengilustrasikan sesuatu pengalaman dalam buku log/ harian/diari sepanjang pengalaman itu. Ini dapat membantu murid:
- mensintesiskan dan menterjemahkan fikiran dan kelakuan mereka dalam bentuk simbol atau grafik
- melihat kembali persepsi asal mereka dan membandingkan persepsi asal dengan keputusan baru
- mencatatkan proses pemikiran tentang strategi tersebut dan cara membuat keputusan
- mengenal pasti kelemahan dalam tindakan yang diambil dan mengingat kembali kejayaan dan kesulitan dalam sesuatu percubaan

l. Memberikan Teladan
Contoh dan teladan yang ditunjukkan oleh guru sebagai ikutan oleh murid adalah sangat
berkesan. Untuk tujuan ini, guru hendaklah menunjukkan dengan jelas bagaimana beliau merancang, mengenal pasti dan menilai sesuatu tingkah laku beliau supaya murid dapat mencontohinya.

No comments:

MELANCONG KE OSAKA

Kali ini kami ke Osaka,  Kyoto  Nara