Tuesday, September 14, 2010

Melayu raya

Melayu raya

Melayu beraya sakan,

dengan ketupat rendang dan lemang

kuih mueh air sirap dan oren

baju cantik sepatu molek

Anak gadis Melayu bersolek dandan

kening terkadang dicukur,

rambut terurai berbau harum

langkah diatur kadang-kadang terlebih liuk

Pemudanya pula kacak bergaya

ada yang dah mula enggan bersongkok

kepala berbogel dengan rambut sedikit kuning

baju ala benggali songket samping dijauhi

Demikianlah Melayu raya

tapi kalau ditegur marah menyala

dikatanya kita benci bangsa

walhal kita mahu

Tak Melayu Hilang di Dunia

hidup sejahtera,

Agama dijunjung adat dikelek

HASIL KARYA: NORDIN MOHD YUSOF

6 SYAWAL 1431

MELANCONG KE OSAKA

Kali ini kami ke Osaka,  Kyoto  Nara